isteri bukan penjaga harta anak bawah umur bila suami meninggal dunia..



"Abang, lantiklah isteri abang sebagai penjaga harta anak abang siap-siap...nanti bila abang dah tiada, isteri abang ini jugalah yang akan jaga dan besarkan anak-anak abang"

Kalau anda bukan peguam syarie...bukan hakim syarie...bukan pegawai bicara pusaka...bukan pekerja di Amanah Raya, anda mesti tidak pernah terpikir akan siapa yang akan menjaga dan mengurus harta anak-anak anda jika ditakdirkan anda meninggal dunia ketika usia anak-anak anda masih di bawah 18 tahun.

Atau suami secara spontan mengatakan isterilah yang akan jaga harta anak-anak anda kerana mereka yang akan jaga anak-anak anda nanti jika anda pergi dahulu. Jaga anak-anak mungkin YA, tetapi menjadi penjaga harta bagi anak bawah umur mungkin TIDAK dari sudut undang-undang syarak.

Sepintas perbualan dengan seorang ibu tunggal, Puan Imah, yang telah kematian suami kira-kira 10 tahun lepas. Suaminya seorang guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor meninggal dunia kerana sakit ketika usia anak masih kecil. Tanpa sempat membuat apa-apa perancangan harta pusaka.

Oleh kerana Puan Imah seorang yang berkerjaya, biasa dengan urusan-urusan pejabat, puan Imah telah menguruskan segala urusan harta pusaka arwah suaminya dari permohonan surat kuasa mentadbir, pembayaran hutang-piutang arwah termasuk hutang kereta, hutang kredit kad dan hutang rumah sehingga lah pertukaran milik rumah dan kereta arwah atas nama waris diselesaikannya. Lebih setahun jugalah urusan pusaka itu baru selesai.

Namun puan Imah agak terkejut dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang mengarahkan harta pusaka yang berhak diterima oleh anak perempuan mereka yang merangkumi wang simpanan, KWSP, ASB, takaful dan sebagainya dari arwah suami diserahkan kepada Amanah Raya. Mahkamah tidak memberikan hak penjagaan harta anak tunggalnya yang ketika itu baru berusia 6 tahun, ke atasnya walaupun Puan Imah merupakan ibu kandung anak tersebut, yang melahirkan dan membesarkan, sihat akal dan tubuh badan, serta berkemampuan dari segi fizikal untuk menjaga anaknya tetapi kenapa mahkamah memutuskan dia tidak berhak menjaga harta pusaka yang sepatutnya diterima oleh anaknya?

Disebabkan keputusan mahkamah tersebut, selama 10 tahun ini Puan Imah membesarkan anaknya dengan duit gajinya. Nasib baik dia bekerja dan duit gajinya cukup-cukup untuk menampung keperluan asas sara hidup mereka 2 beranak. Walaubagaimanapun ada masa-masa tertentu pendapatannya juga tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan dan perubatan anaknya dan dia perlu juga mengeluarkan wang anaknya yang dibawah jagaan Amanah Raya.

Jadi Puan Imah perlu pergi memohon di Amanah Raya yang berada di Johor Bahru untuk dikeluarkan sedikit dari wang anaknya yang disimpan dan dijaga di syarikat tersebut untuk menampung kos perbelanjaan anaknya. Dalam 2 minggu biasanya permohonan diluluskan dan Puan Imah perlu kembali ke Amanah Raya semula untuk mengambil perbelanjaan yang telah diluluskan tersebut yang mana jarak rumah dan syarikat tersebut terletak lebih kurang 80km. Nasib baik Puan Imah boleh memandu sendiri untuk ke Amanah Raya. Jika tidak, jenuh juga hendak menaiki pengangkutan awam ke Johor Bahru. Begitulah rutinnya saban tahun selama 10 tahun ini dan rutin ini terpaksa diteruskan sehingga anak itu cukup umur 18 tahun beberapa tahun lagi.

"Ketahuilah para suami, bahawa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak-anak bawah umur secara automatik"

Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus? Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, 'Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.'

Jika bapa tidak meninggalkan wasiat pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

"Jangan letak anak bawah umur sebagai penama atau penerima hibah polisi takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji"

Begitu juga halnya bagi wang hasil polisi takaful, KWSP, ASB dan sebagainya yang mengamalkan konsep penamaan. Ramai orang meletakkan penama anak yang masih di bawah umur dengan anggapan sekiranya berlaku kematian pada si ayah (pemegang polisi/pencarum/pemilik harta), wang dari sumber tersebut akan dapat kepada anak untuk merekasurvive  nanti. Namun berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Boleh rujuk jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Jadi, bagaimana isteri hendak survive membesarkan anak-anak bila suami tiada nanti? semua sedia maklum, bahagian isteri dalam faraid suami adalah sebanyak 1/8 berbanding bahagian anak yang mengambil asobah (baki) faraid suami.

Jadi sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak, dengan 1/8 bahagian pusaka itulah ditambah dengan pendapatan isteri (jika ada) digunakan secara berjimat oleh si isteri untuk menampung perbelanjaan sara hidup anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan hari raya anak-anak, menampung kos perubatan anak-anak dan sebagainya. Belum dikira lagi sara hidup isteri itu sendiri lagi. Tidakkah suami kasihan akan isteri anda yang terus setia mengorbankan diri demi anak-anak anda bersendirian tanpa suami di sisi? Meletak tepi keinginannya untuk berhias dan bermewah-mewah demi mengutamakan keperluan anak-anak. Sehinggakan isteri sendiri tidak merasa 1/8 haknya dari pusaka suaminya. 

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur. Rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa 'Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.'

"Suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta anak-anak dalam wasiat"

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil. Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur. Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.

Bukannya tidak percaya pada datuk tetapi jika datuk juga ditakdirkan pergi dahulu. Pakcik-makcik kepada anak-anak anda pula, walaupun menerima pusaka anda, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengatakan mereka wajib menanggung nafkah anak-anak anda sehingga mencapai umur dewasa. Bukannya Amanah Raya tidak bagus dalam menjaga harta anak-anak anda tetapi prosedur dan jarak tempat tinggal yang menjadi kekangan. Dan akhirnya isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda juga yang akan berhempas pulas bekerja siang dan malam menampung nafkah membesarkan anak-anak anda sendirian.

Suami, fahamlah dan buatlah perancangan terbaik untuk isteri dan anak-anak anda.


KEMBALI KE HALAMAN HIBAH

Kisah Kereta PUSAKA....

Kisah Kereta Pusaka

CERITA KERETA PUSAKA..

Kereta salah satu dari harta pusaka jika berlaku kematian.. Bagaimana pengurusan kereta si mati? Secara mudahnya, bila berlaku kematian senang cerita tukar nama... Tapi bukan itu hakikatnya.. Terutamanya kereta yang masih ada loan.. Tidak kiralah kereta mewah atau tidak mewah..

Pihak yg terlibat perihal kereta ni..

1. Amanah Raya / Pusaka kecil:
Untuk surat kuasa (LA - letter of administration) dikeluarkan, kereta mestilah bebas hutang. Kalau blm habis hutang LA tak akan dikeluarkan.

2. Bank:
LA diperlukan untuk tukar nama. Kalau takde LA, solution lain ialah refinance, tapi masalahnya mungkin kena top up loan sebab value market rendah. Kadang2 waris x sanggup la nak tambah sejumlah duit pulak kalau semata2 nak tukar nama, tak berbaloi.. So ada setengah tu sambung bayar je..Untuk ni kalau si mati ada mengambil hibah takaful, duit pampasan takaful tu boleh digunakan untuk menebus hutang dari bang. Ia akan memudahkan process penukaran nama.

3. Insurance:
Masa nak renew insurance pulak, kadang2 syarikat insuran benarkan untuk renew atas nama si mati, tapi masalah akan muncul kalau berlaku claim. Sebab claim mesti atas penama insuran, kalau ada claim cheque sah2 la masuk nama si mati tapi acc bank semua dah tutup kan?..

4. Roadtax
Bila berlaku kematian, roadtax hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja setiap kali urusniaga, dan hanya boleh renew selama 3 tahun.. Sementara urusan pentadbiran harta pusaka selesai. Lepas 3 tahun masalah la kalau nak gerakkan keta tu.. Silap2 tak bergerak..
Jadi, di sinilah pentingnya untuk berwasiat.. Masukkan lah kereta sebagai salah satu harta yang akan diwariskan..

Update:
Apa2 aset pun, utk buat pertukaran hakmilik, memang kena selesaikan hutang (loan) dulu, baru bank boleh benarkan utk tukar nama..
Jadi, di sini wasiat cuma dapat membantu dari segi menamakan siapakah waris yg akan menerima kereta tersebut, supaya nanti takde lah waris2 nak bertolak2 antara satu sama lain sapa yg nak uruskan hutang tu..
Tapi kalau si mati ada aset2 lain (terutamanya yg berbentuk tunai), aset itu lah yg perlu digunakan untuk selesaikan hutang2 tu terlebih dahulu..

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

SUMBER :www.facebook.com/pusakaharta | www.pusakaharta.blogspot.com

Tanggungjawab Mencari Nafkah Anak-Anak selepas kematian BAPA

KISAH MASYARAKAT DI MALAYSIA....SEBAGAI PENGAJARAN.

Banyak kita baca artikel di surat khabar, dengar orang cakap, lihat di TV, internet dan sebagainya mengenai kanak2 kematian bapa. Dan tak lama lepas tu, akan timbul cerita, siapa yang akan tanggung anak sampai anak dewasa...

Saya berkongsi sedikit beberapa artikel yang saya baca dan mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan kepada anda juga.

Perkongsian kisah sebenar...

TANGGUNGJAWAB JATUH KEPADA WALI.
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

SUAMI MENINGGAL, KELUARGA MINTA HARTA DIBAHAGIKAN...

1. Semasa hidup simati org susah,adik beradik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2. 
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu) 
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah. 
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2 
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan. 
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin. 
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya. 
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

HUKUM FARAID, ISTERI DAPAT PALING SEDIKIT

9. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
10. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
11.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
12. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
13. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
14. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

KEWAJIPAN WALI UNTUK TANGGUNG NAFKAH ANAK2 SI MATI

15. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
16 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
17.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
18. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
19. INGAT ye dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..

KEMBALI KE HALAMAN HIBAH
ANDA MASIH INGAT KISAH NI? 3 orang terlibat dalam kemalangan maut PAJERO dan MyVi di Highway DUKE...satu masa dulu..

Anda boleh baca berita mengenai adik beradik arwah sampai tahap saman menyaman disebabkan oleh dakwaan "pecah amanah" sumbangan orang ramai kepada mangsa. Dan tonton video di bawah ni, sampai putus silaturrahim adik beradik...semua disebabkan harta dan tanggungjawab menjaga orang yang ditinggalkan setelah ketiadaan ibu dan bapa.

Mungkin anda tak kisah, sebab ini bukan diri anda atau tiada kaitan dengan anda. Tapi, kena ingat, kalau perkara ini boleh berlaku kepada orang lain...siapa kita untuk jamin perkara ini tidak berlaku kepada kita atau keluarga kita?...Jadi, apa yang perlu kita buat adalah...kita buat perancangan lebih awal dengan membuat wasiat bertulis dengan mana-mana syarikat trustee.

Bagaimana orang yang menjaga anak2 yang ketiadaan ibu bapa terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk memenuhi keperluan mereka....dan anak2 kecil ini tiada pilihan....kita yang mempunyai pendapatan yang punyai pilihan dan sepatutnya membuat pilihan yang terbaik untuk diberikan kepada ahli keluarga kita sebaik sahaja kita tiada.

TONTON VIDEO INI SEHINGGA HABIS DAN LIHAT SENDIRI BAGAIMANA MASALAH BOLEH TIMBUL.




Sila lihat di sini untuk berita penuh bagaimana adik beradik boleh terputus silaturrahim disebabkan masalah penjagaan waris dan berkaitan dengan harta.


Jadi, dapatkan khidmat nasihat perancang kewangan anda bagi mengelakkan daripada masalah ini berlaku.

KEMBALI KE HALAMAN HIBAH

Hibah - Pelbagai Jenis, Perbezaan dan Pelaksanaan.

Assalamualaikum semua pembaca budiman....

Kebelakangan ini, saya terima banyak pertanyaan mengenai hibah...dan ada yang tak faham apa itu hibah, tujuan dan pelaksanaannya....So, saya berikan beberapa contoh yang common dan banyak diamalkan dalam kehidupan dalam masyarakat kita. Penjelasan ini lebih kepada penjelasan umum bagi memudahkan orang ramai memahami konsep hibah dan fungsinya. Untuk takrifan khusus dan teknikal, anda boleh rujuk kepada Pegawai Pengurusan Harta Pusaka. Saya terangkan lebih kepada pratikalnya.


Jenis2 Hibah.001

KENAPA HIBAH?

APA ITU HIBAH? - TAKRIFAN UMUM


DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid. Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. 

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).


JENIS-JENIS HIBAH.


1- HIBAH SEMPURNA


Hibah SEMPURNA maksudnya adalah, proses perpindahan harta tersebut telah sempurna semasa pemberi hibah hidup. Harta yang dimiliki oleh pemberi hibah juga perlu sempurna (sebagai contoh, kalau nak hibahkan kereta, kereta mestilah dah habis hutang)...jadi, bila harta tersebut dihibahkan kepada penerima hibah, dan process tukar hakmilik telah dibuat dengan sempurna, harta tersebut bukan lagi milik pemberi hibah...

Jadi, sekiranya pemberi hibah meninggal dunia harta yang telah sempurna pindah milik tidak menjadi harta pusaka, dan tidak perlu melalui process pembahagian harta pusaka.


Semua harta2 yang masih atas nama pemberi hibah dan apabila pemberi hibah meninggal dunia, wajib diuruskan mengikut undang2 harta pusaka Islam. Iaitu, kena settlekan hutang si mati dulu. Hutang dengan Allah (kalau belum dibuat haji, kena buat upah haji dan sebagainya)...kalau ada nazar, puasa (kena bayar fidiyah dan sebagainya)....selepas tu, settlekan hutang dengan manusia..then baru lah dibahagikan baki harta kepada waris2 yang layak dan masih hidup...

2- HIBAH HASRAT

Hibah HASRAT ni pula, hibah yang dibuat dalam wasiat (tapi tak belum pindah milik lagi)...Jadi, ia perlu melalui process pengesahan hibah iaitu..


  1. Kena lantik peguam syari'e untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah
  2. Permohonan akan diproses oleh Mahkamah Syariah
  3. Perbicaraan (perjumpaan antara pihak mahkamah, orang yang menuntut dan peguam syarie serta waris-waris yang terlibat)
  4. Selesai proses nombor 3, baru lah pihak Mahkamah akan memberi pengesahan Hibah kepada penerima hibah dan baru lah akan dimasukkan kembali dalam proses tuntutan untuk mendapatkan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration (LA) atau Perintah Pembahagian (Distribution Order)).
Nota : Apa jadi kalau dalam perbicaraan ada bantahan?...Mahkamah akan putuskan sama ada hibah yang dipohon sah atau tidak. Kalau tidak, harta yang dipohon utk hibah tersebut perlu dibahagikan ikut persetujuan semua waris dan kalau waris tidak mendapat kata putus, maka pembahagian akan diputuskan melalui pembahagian faraid. Hibah HASRAT ini juga tertakluk kepada hutang si mati. Maksudnya mana2 penghutang boleh menuntut kepada waris atau penerima hibah (hasrat) ini sebelum process pengesahan hibah dibuat.

Comment Saya : Sebab tu, hibah perlulah dibuat sama ada secara sempurna. Dan antara cara yang paling mudah dan praktikal adalah dengan cara kita buatHIBAH BERSYARAT melalui plan takaful. Sila rujuk topik HIBAH BERSYARATdi bawah.


3- HIBAH AMANAH

Hibah AMANAH ini pula, setakat ni hanya ada pada Saham Amanah yang saya tahu adalah Saham Amanah yang di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad)....

Berikut adalah konsep Hibah Amanah yang diamalkan oleh PNB.

Ia adalah

  • Hibah Amanah Saham Amanah ASNB adalah pemberian baki pelaburan unit amanah di dalam tabung unit amanah oleh Pemegang Unit ASNB atas dasar kasih sayang sewaktu hayatnya secara sukarela. 
  • Pemberian tersebut adalah melalui ijab dan qabul (sighah) di dalam Suratikatan Hibah Amanah yang memperuntukkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui.
  • Harta-harta Hibah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah sebelum diserahkan kepada Penerima-penerima Hibah selepas kematian Pemegang Unit menurut terma-terma dan syarat-syarat Suratikatan Hibah Amanah yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
  • Pemegang Saham Amanah ASNB (Pemilik account) perlu membuat permohonan Hibah Amanah dengan PNB. Jadi, apabila pemegang account ASNB tersebut meninggal dunia, semua baki pelaburan akan dipindahkan kepada penerima hibah Amanah...dan ia adalah milik penuh penama Hibah dan tidak boleh dituntut oleh orang lain.
  • Syarat2 dalam amanah hibah ASNB ini perlu dipatui antaranya adalah, sekiranya pemegang account hendak tukar penama hibah, mereka perlu mendapatkan KEBENARAN daripada penama hibah. Dan ini, saya lihat mungkin akan berlaku masalah sekiranya ada masalah dalam perhubungan antara pemegang account dan penerima hibah tersebut.
Boleh rujuk di sini untuk HIBAH AMANAH ASNB di bahagian INSTRUMEN PERWARISAN.


4- HIBAH BERSYARAT (HIBAH TAKAFUL)
  • Kenapa ada syarat pulak?...ya, syarat yang dimaksudkan adalah "PEMBERI HIBAH PERLU MENINGGAL DUNIA" dan kemudian barulah harta hibah itu wujud dan diberikan kepada penerima hibah secara mutlak. Sekiranya belum meninggal dunia, harta hibah tersebut hanya wujud dalam bentuk jaminan kewangan dari syarikat takaful (dalam bentuk sijil takaful)
  • Hibah bersyarat adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada plan takaful yang mana manfaat kematian akan terus dibayar kepada penerima hibah (yang diletakkan dalam borang penamaan). Dan bayaran pampasan takaful tersebut tidak akan melalui process pembahagian harta pusaka sebab, pampasan hibah takaful tidak termasuk dalam harta pusaka. 
  • Ini berdasarkan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Jadual 10, Seksyen 142, Perenggan 3(2), di mana akta tersebut menyatakan bahawa:
Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya " 
Sila rujuk dokumen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.


  • Antara statement yang anda kena tahu dalam perenggan ini adalah,HIBAH TAKAFUL TIDAK MENJADI SEBAHAGIAN HARTA PUSAKA, jadi, ia tidak terakluk kepada hutang si mati (peminjam hutang tak boleh nak tuntut kecuali tujuan simati amik takaful adalah untuk pemalsuan (fraud) si peminjam). Sebab tu, HIBAH TAKAFUL lebih mudah disampaikan kepada pewaris sebab tidak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka.


BAGAIMANA HIBAH TAKAFUL BERFUNGSI?

Hibah TAKAFUL ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi atau tujuan...antaranya adalah..

1- REPLACEMENT OF INCOME (Penggantian Pendapatan)

Anda ingat kisah Pegawai JPJ yang kena langgar dengan lori treler dan meninggal dunia di tempat kejadian semasa beliau bertugas?




Ini antara risiko dalam kehidupan yang kita boleh IGNORE (tak amik kisah)...tapi kita tak boleh nak menafikan. Suami pergi balik kerja, cukup bulan bawak balik gaji untuk anak dan isteri. Tapi, tiba2, pergi kerja terus tak balik2....jadi bagaimana perbelanjaan kehidupan untuk keluarga?...Bukankah lebih baik kalau sebagai ketua keluarga kita sediakan duit belanja sekiranya ditakdirkan pergi dahulu selama-lamanya....Tapi sekiranya ada diantara kita tang tidak ambil kisah perkara ini, tidak menjadi masalah...sebab keluarga anda tanggungjawab anda. 

Untuk isteri-isteri...anda harus PAKSA suami anda untuk consider benda nie, sebab kalau suami puan-puan tiada, Puanlah yang akan menjadi ketua keluarga. Sebelum mereka gunakan duit lebihan kepada perkara2 lain yang kurang penting, lebih baik gunakan untuk sediakan hibah takaful kepada keluarga.

Sebenarnya tak mahal pun untuk mencarum duit dalam hibah takaful nie, anda cuma perlu buat budget dan allocate 5%-7% dari income anda untuk dapatkan perlindungan takaful sebagai pengganti pendapatan anda. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi)

2- SEBAGAI BACKUP KEPADA HUTANG

Sekarang nie, banyak benda yang besar2 dibeli dengan berhutang. Rumah, kereta dan beberapa hutang lain seperti hutang belajar, dan sebagainya. Dan hutang ini merupakan satu perkara yang WAJIB dibayar dan sebagai orang Islam kita wajib tahu perkara ini. Sebab tu, kalau anda pernah solat jenazah, sebelum jenazah disolatkan, imam akan bertanya kepada hadirin yang hadir mengenai sesiapa yang ada memberi hutang kepada si mati, sila tuntut dengan waris. Barulah solat dimulakan.

Jadi, HIBAH TAKAFUL nie boleh dijadikan sebagai cagaran hutang sekiranya meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan yang mana tak boleh nak kerja dan menyebabkan risiko hilang punca pendapatan. Jadi, kalau ada hibah takaful, ia mungkin akan memberi sedikit kelegaan dari segi kewangan.

3- SEBAGAI HARTA UNTUK DIWARISI

Sekiranya kita ada anak-anak yang sedang membesar, dan kita sayangkan mereka dan ingin mewariskan harta kepada mereka. Cuma, kalau kita ada rumah sebiji, sedangkan anak 5 orang, ada kereta mungkin 2 biji, sedangkan anak 5 orang....so, kita boleh gunakan hibah takaful sebagai harta untuk diwariskan dengan lebih mudah. 

Contoh, kita nak berikan anak kita RM 100,000 setiap orang selepas ketiadaan kita...kalau kita nak simpan duit sendiri, kita kena ada RM 500,000 (merujuk kalau anak 5 orang)...tapi, kalau dengan hibah takaful, mungkin kita hanya perlu simpan RM 250 - RM 300 sebulan (bergantung kepada umur) untuk mendapatkan perlindungan RM 500,000. Jadi, kita keluarkan RM 1 untuk dapatkan RM 2,000 dengan hibah takaful, berbanding RM 1 untuk dapatkan RM 1 kalau simpan sendiri dalam bank.

So, terpulang kepada anda untuk sediakan wang atau harta kepada waris anda...waris anda, tanggungjawab anda.

Ada pelbagai jenis lagi fungsi hibah Takaful. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (whatsapp or call) - Aziz Riadi...saya akan kongsikan cara bagaimana kita boleh gunakan duit-duit bocor (maksudnya) setiap bulan tak tahu ke mana duit tu pergi (untuk beli apa), untuk mendapatkan perlindungan hibah takaful. FREE CONSULTATION. 

Akhir sekali...KALAU TAK PAYAH HIBAH, TAK BOLEH KE?

BOLEH, tapi kena lalui process pembahagian harta pusaka (sama ada melalui wasiat, kalau ada)...yang mana process akan jadi lebih panjang dan rumit sekiranya waris tidak setuju dengan pembahagian. Dan sekiranya itu berlaku, pembahagian mengikut Faraid akan digunakan. 

"KELUARGA ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA"...

Sekian

KEMBALI KE HALAMAN HIBAH

Soal Jawab HIBAH BERSYARAT : Hibah Bersyarat Atas Rumah?

HIBAH BERSYARAT - BOLEH KE NAK BUAT GUNAKAN RUMAH?



Assalamualaikum semua pembaca yang budiman. Saya ada dapat soalan dari salah seorang pembaca blog saya yang bertanya lebih kurang macam nie..
" Bagaimana cara2, dokumen apa dan yg perlu di bawa dan di mana untuk membuat Hibah bersyarat ini. Untuk makluman En. Aziz saya nak buat hibah bersyarat sebuah rumah kpd isteri.....berapa kos yg perlu di sediakan...? "
Berkenaan dengan persoalan di atas...pertama sekali apa yang kita kena faham adalah...apa itu hibah secara asas dan apa itu hibah bersyarat. Saya akan buat penjelasan mudah dan tidak terlalu teknikal.




1- APA ITU HIBAH?


Bahasa mudah, HIBAH ini adalah satu pemberian tanda kasih sayang dari seseorang kepada seseorang. Dengan bahasa yang biasa kita pakai adalah HADIAH. Jadi, hadiah atau hibah ini kalau sudah diberikan tidak boleh diminta semula kecuali hibah dari bapa kepada anaknya...berdasarkan hadith di bawah

“ Tidak halal bagi seseorang lelaki untuk memberikan pemberian atau menghibahkan suatu Hibah, kemudian mengambil kembali pemberiannya, kecuali bila Hibah itu Hibah dari orang tua kepada anaknya. Perumpamaan bagi orang yang memberikan suatu pemberian kemudian dia rujuk di dalamnya (menarik kembali  pemberiannya), maka dia itu bagaikan anjing yang makan, lalu  setelah anjing itu kenyang ia muntah, kemudian ia memakan muntahnya kembali ” (H.R. Abu Dawud, An Nasa’i, Ibnu Majah, dan At-Tirmidhi dan dia mengatakan bahwa hadith ini hasan sahih)

 Berbalik kepada soalan di atas...kalau nak hibah rumah boleh atau tidak?..iaitu, Suami menghibahkan rumah kepada isteri...boleh dengan beberapa syarat..


  • RUMAH TERSEBUT SUDAH TUNAI (TIADA HUTANG) - BOLEH DIHIBAHKAN

    Rumah yang nak dihibahkan kepada isteri tersebut mesti lah sudah tidak terikat dengan hutang (maksudnya dah full settlement)...kira sudah menjadi hak mutlak suami dan tidak dituntut oleh mana2 bank atau institusi kewangan.

    Jadi, suami boleh hibahkan kepada isteri dengan tukar hak milik kepada isteri. Selagi geran rumah masih nama suami, selagi tu, ia belum dihibahkan, dan sekiranya suami meninggal dunia sebelum sempat tukar nama walau pun suami ada bagitahu isteri dan dengan saksi bahawa rumah ini ingin dihibahkan kepada isteri harta tersebut tertakluk kepada pembahagian harta pusaka sehinggalah isteri memohon HIBAH HASRAT melalui mahkamah syariah. Kalau penerima takde saksi, beliau perlu mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah dengan mengaku bahawa arwah suami beliau berhasrat memberikan rumah tersebut kepada beliau.

    Proses nak dapatkan PENGESAHAN HIBAH HASRAT ->

    Dan kalau nak dapatkan pengesahan hibah hasrat tersebut (suami tak sempat tukar nama, cuma baru cakap je kemudian meninggal dunia)...ia perlu melalui PROSES Permohonan Hibah Hasrat yang mana perlu melalui peguam syarie, kemudian di bawa ke mahkamah syariah, dan akan dibicarakan depan semua waris si mati dan keputusan HIBAH HASRAT tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah. Sekiranya keputusan tersebut SAH, ia perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi bergantung kepada nilai harta (dalam case nie adalah nilai rumah) tersebut.

    Sekiranya HIBAH HASRAT tersebut tidak sah, proses pembahagian harta pusaka terpakai pada harta tersebut.

  • RUMAH TERSEBUT MASIH LAGI ADA HUTANG - BOLEH HIBAHKAN DENGAN HIBAH BERSYARAT iaitu

    Dengan SYARAT setelah pemberi meninggal dunia (boleh refer kepada HIBAH Al-Ruqba) dan ada jaminan pihak ketiga yang akan melangsaikan hutang tersebut sekiranya pemilik harta tersebut meninggal dunia. Contoh MRTT atau MLTT (perlindungan takaful pada harta tersebut)

    Namun, proses hibah harta yang masih mempunyai hutang ini, memerlukan tambahan dokumen di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Terdapat beberapa syarikat pengurusan harta pusaka yang menawarkan khidmat ini dengan bayaran yang tertentu. Ini adalah untuk menguatkan "SYARAT HIBAH" tersebut sekiranya ada waris yang mencabar dalam proses pembahagian harta tersebut.


 2- APA ITU HIBAH BERSYARAT?

HIBAH BERSYARAT boleh digunakan untuk hibah hartanah (sama ada bercagar atau tidak), saham syarikat, saham unit amanah, akaun bank, kenderaan dan apa sahaja asset yang berharga. Untuk case soalan di atas, saya dah terangkan sebelum ini, iaitu, HARTA TERSEBUT AKAN DIHIBAHKAN KEPADA PENERIMA DENGAN SYARAT - PEMBERI MENINGGAL DUNIA dan perlu ada beberapa document sokongan untuk menguatkan proses hibah tersebut.

HIBAH BERSYARAT juga digunapakai dalam sijil takaful di mana, pampasan daripada perlindungan sijil takaful tersebut dihibahkan kepada "penama" melalui kaedah hibah bersyarat. Berbeza sekiranya pemegang sijil takaful tu letak penama sebagai wasi, penerima pampasan tersebut perlu membahagikan wang pampasan mengikut undang2 shariah (wasiat atau faraid).


Bila pemilik sijil takaful tu meletakkan nama pewaris dengan HIBAH BERSYARAT, sekiranya pemilik takaful tersebut meninggal dunia, semua wang pampasan kematian akan diberikan kepada penama (penerima hibah tadi) dan tiada boleh dicabar oleh mana2 undang bertulis di Malaysia nie, sebabnya ia ada dalam APKI 2013 


AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (APKI 2013) iaitu HIBAH BERSYARAT..


JADUAL 10 [Seksyen 142], 
3 (2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya. "

Jadi antara penyelesaian kepada persoalan di atas dengan lebih mudah dan praktikal....

Encik yang bertanya tadi boleh mengambil satu sijil takaful yang mungkin mempunyai nilai pampasan sama dengan nilai rumah, dan hibahkan kepada isteri. Ia lebih praktikal dan dan kos lebih rendah. Sebagai contoh tadi, kalau nak hibahkan rumah, kalau rumah tu berharga RM 500,000, beliau kena settlekan hutang RM 500,000 tu dahulu dan mungkin ambil masa sehingga 30 tahun...sedangkan untuk dapatkan plan takaful yang boleh dihibahkan kepada isteri untuk Pampasan RM 500,000...dan kalau umur dalam awal 30-an, sebulan hanya perlu mencarum dalam RM 180-200 sahaja. Ia lebih praktikal dan kos effective.

Sekian..


KEMBALI KE HALAMAN HIBAH